HARI PERTAMA (1) AIRPORT – BANDA ACEH (L/D)

Setibanya di bandara Sultan Iskandar Muda, Peserta akan disambut oleh Pemandu Pelancong tempatan. Kemudian, para peserta akan di bawa ke restoran tempatan untuk makan tengahari. Selesai makan tengahari, melawat sekitar Bandar Aceh, Masjid Raya Baiturrahman, Rumah Aceh, Muzium Utama Aceh, Cakra Donya Bell, Makam Sultan Iskandar Muda dan Gunongan (tempat puteri Sultan Iskandar Muda bersantai dan berehat) ia juga dikenali sebagai Taman Puteri Pahang. Check in hotel dan makan malam di restoran tempatan. Acara bebas.

HARI KEDUA (2) – TEMPAT PERINGATAN TSUNAMI – RUMAH CUT NYAK DHIEN (B,L,D)

Sarapan pagi di hotel. Perjalanan diteruskan  ke Pesantren (Pusat Penempatan Anak-Anak Korban Tsunami), Ule-le (Kampung Nelayan) dan Pantai Lampu’uk. Makan tengahari di restoran tempatan. Selesai menjamu selera, kita akan ke Pantai Lhok Nga dan Rumah Cut Nyak Dhien. Kemudian shopping di Pasar Aceh dan Pasar Peunayong di Banda Aceh. Kembali ke hotel, makan malam di restoran tempatan dan acara bebas.

HARI KETIGA (3) – BANDA ACEH – AIRPORT (B)

Bersarapan pagi di hotel. Acara bebas sehingga waktu berangkat ke Airport.

tangan


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami