HARI PERTAMA (1) AIRPORT – BANDA ACEH (L/D)

Setibanya di bandara Sultan Iskandar Muda, Peserta akan disambut oleh Pemandu Pelancong tempatan. Kemudian, para peserta akan di bawa ke restoran Aceh di Lambaro untuk makan tengahari. Selesai makan tengahari, menunaikan solat jamak di Masjid Rahmatullah iaitu masjid yang telah terselamat dari pukulan Tsunami di Pantai Lhok Nga. Penduduk di sini sekitar 20,000 orang tetapi yang terselamat dari bencana ini adalah lebih kurang 1,000 orang sahaja. Perjalanan diteruskan ke Ule Lheu tempat di mana sebuah kapal besar terdampar akibat Tsunami di Kampung Punge. Kerajaan telah mengiktiraf tempat ini sebagai tempat pelancongan dan tinggalan sejarah. Makan malam di restoran tempatan dan check in hotel.

HARI KEDUA (2) – BANDA ACEH – PULAU SABANG (B,L,D)

Morning call untuk solat subuh. Sarapan pagi di hotel. Perjalanan diteruskan  ke Pelabuhan Ule Lheu. Bertolak ke Pulau Sabang dengan menaiki Feri Ekspress Pulau Rondo. Setibanya di Pulau Sabang, city tour ke KM 0 Republik Indonesia dari  Pulau Sabang ke Merauke. Seterusnya makan tengahari di restoran tempatan. Selesai menjamu selera, kita akan ke Rubiah Island dan lain-lain. Check in hotel, makan malam di restoran tempatan dan acara bebas.

HARI KETIGA (3) – PULAU SABANG – BANDA ACEH (B,L,D)

Morning call untuk solat subuh. Bersarapan pagi di hotel. Selesai bersarapan pagi, terus menuju ke Pelabuhan. Menaiki Feri Ekspress Bahari menuju ke Banda Aceh. Makan tengahari di restoran tempatan. Setelah menjamu selera, perjalanan diteruskan ke Kampung Lampulo iaitu salah satu tempat peninggalan Tsunami di mana kapal kayu terletak di atas rumah. Kemudian melawat Muzium Utama Aceh, Makam Sultan Iskandar Muda, Gunongan, dan Museum Tsunami. Kembali ke hotel dan makan malam di hotel.

HARI KEEMPAT (4) – BANDA ACEH – AIRPORT (B)

Morning call untuk solat subuh. Bersarapan pagi di hotel. Bersiap untuk berangkat ke Airport.

tangan


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami