RM 1188 DEWASA

RM 988 KANAK-KANAK (BERKATIL)

RM 688 KANAK-KANAK (TANPA KATIL)

RM 588 BABY (0-2 TAHUN)

 

HARI PERTAMA (1) – BANDUNG (D)

Tiba di Sasteranegara International Airport Bandung. Di sambut oleh pemandu pelancong tempatan dan terus ke hotel untuk check in. Kemudian terus ke Factory Outlets di Jalan Setiabudhi . Terdapat beberapa factory outlets yang popular seperti Rumah Mode, Fashionworld, dan Mode Plus. Sambung shopping lagi di Jalan Dago seperti di Grande, Blossom, Jet Set, Uptown, Victoria dan banyak lagi kedai-kedai menarik. Makan malam di restoran halal tempatan. Kembali ke hotel dan acara bebas.

HARI KEDUA (2) – TANGKUBAN PERAHU – BANDUNG CITY (B,L,D)

Bersarapan pagi di hotel. Kemudian perjalanan diteruskan ke Tangkuban Perahu iaitu kawasan gunung berapi yang menjadi salah satu tarikan utama jika ke Bandung. Kita juga akan singgah di Kolam Air Panas Ciater, serta ladang strawberi di Lembang. Kita juga akan ke Floating Market Lembang untuk membeli belah makanan tempatan di atas sampan. Terdapat juga tempat rekreasi untuk kanak-kanak seperti taman arnab dan lain-lain lagi. Kembali ke Bandung, Makan tengahari di Restoran tempatan. Seterusnya perjalanan shopping diteruskan di Jalan Riau seperti Heritage, The Secret dan banyak lagi. Diteruskan ke Cihampelas Walk untuk shopping di kedai-kedai yang memaparkan watak animasi seperti Spiderman di atas kedai mereka. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan acara bebas.

HARI KETIGA (3) BANDUNG – AIRPORT

Bersarapan pagi di hotel. Terus ke Toko Tiga untuk shopping original Levi’s, Louis, Lee Cooper, dan banyak lagi jenama dengan harga yang sangat berpatutan. Check out dan berangkat ke Airport.

tangan


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami