Daurah Arabiyyah

Bermula RM12,980 seorang

Menelusuri Lughah & Sunnah Rasulullah

Objektif & Matlamat

Pendedahan

Pendedahan mengenai kepentingan komunikasi Bahasa Arab khususnya golongan pelajar.

Komunikasi

Memantapkan komunikasi Bahasa Arab samada dari aspek komunikasi biasa dan komunikasi korporat.

Lanjutan

Berpeluang melanjutkan pengajian di Universiti di Mekah atau Madinah atau diploma atas talian.

Modul Khas

Menitikberatkan pengajian bermodul di samping mengerjakan ibadah umrah.
Kaedah Perlaksanaan
Modul I: Qiraah & Kitabah
1. Ujian Penilaian
Peserta akan diuji tahap kebolehan membaca dan menulis melalui teks Bahasa Arab yang diberikan. Setiap teks yang diberikan adalah tanpa baris dan para peserta akan diarahkan untuk melengkapkan baris pada setiap perkataan dalam teks tersebut.

2. Teknik Komunikasi
Peserta akan diajar kemahiran serta teknik asas berkomunikasi yang betul seperti postur badan, body language, eye contact, face reaction dan sebagainya.

3. Tasreef Fe’el & Dhomair
Peserta akan mengulangkaji tasreef fe’el dan dhomair sebagai latihan pengukuhan untuk memantapkan lagi kemahiran mereka dalam Bahasa Arab.

4. Asas Kosa Kata
Peserta akan didedahkan dengan penggunaan kosa kata mudah atau asas. Teknik ini dipelajari dengan mengenal pasti kosa kata di sekeliling menggunakan teknik Minimum Core Vocabulary (MCV).

5. Kalam Raie’
Peserta akan dilatih tentang kaedah pengenalan diri & pembentangan terbaik seperti public speaking, presentation dan mereka juga akan mempelajari teknik interaksi dengan pendengar.

6. Asas Perbualan
Peserta akan belajar asas-asas perbualan dalam Bahasa Arab seperti perbualan dalam proses jual beli, pertanyaan, pengenalan diri, tunjuk arah dan sebagainya.

7. Komunikasi Korporat
Peserta akan diterapkan tatacara temuduga samada dari aspek persediaan sebelum, semasa dan selepas proses temuduga. Mereka juga akan dititikberatkan mengenai larangan & tatatertib ketika temuduga.

8. Penulisan & Pemahaman
Peserta akan dilatih untuk menulis surat rasmi atau tidak rasmi mengikut format Bahasa Arab bagi tujuan personal, permohonan kerja, aduan atau lain-lain. Peserta akan didedahkan dengan Bahasa Arab mengikut standard Modern Standard Arabic (MSA) contohnya di BBC Arabic.

Modul II: Komunikasi & Praktikal
1. Kalam Raie’
Peserta perlulah menyampaikan ucapan awam atau public speaking mengenai tajuk yang akan diberikan. Untuk merasai suasana Arab, peserta mungkin akan
menyampaikan ucapan dalam kalangan orang Arab.

2. Kalam ‘Arabiy
Peserta akan terlibat dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan diberikan satu tugasan untuk merakam satu video perbualan di antara peniaga &peserta.

3. Muqabalah
Peserta akan ditemuduga dan dirakam bagi meningkatkan keyakinan ketika menjawab setiap soalan temuduga yang diajukan. Peserta tidak dibenarkan merujuk mana-mana nota sebagai rujukan. Proses mock-interview ini juga merupakan persediaan bagi sesi temuduga di Universiti Mekah & Madinah.

Komponen Pengajian

Kalam 'Arabiy

Peserta akan didedahkan
kaedah menulis, membaca &
berkomunikasi berdasarkan modul khas oleh tenaga pengajar yang berpengalaman daripada Yeman.

Taffahum Quran

Peserta akan mempraktikkan pembelajaran modul dalam pembacaan & pemahaman Al-Quran.

Umrah & Ziarah

Bimbingan umrah & ziarah bersama Mutawif yang berpengalaman di
samping mempraktikkan komunikasi sebenar.

Galeri Hotel

Dengan motto kami, suasana dan keselesaan anda kami letakkan keutamaan padanya agar ibadah anda lebih bahagia.

Inilah yang kami usahakan yang terbaik untuk anda dan keluarga.

Mekah

Royal Dar Al Eiman Safwah (50M) @ Setaraf

Madinah

Al Fayroz Al Qibla (150M) @ Setaraf

Penerbangan
Malaysia Airlines, Saudi, Emirates atau setaraf.
Makan & Minum
3 Kali sehari. Pagi, Tengah hari dan Malam.
Ziarah
Mekah 2 Kali
Madinah 1 Kali
Takaful Kembara
Percuma untuk yang berumur sehingga 65 tahun
Pakej termasuk :
Visa Umrah, Air Zam-Zam 5 liter, Tiket Penerbangan pergi balik kelas ekonomi, Mutowif, Pengangkutan di Arab Saudi, Ziarah Mekah & Madinah.
Tarikh Perlepasan

Januari – Mei 2019

Harga

RM 12,890

Daftar Sekarang!

Perlu berbincang?
Anda boleh menghubungi kami di talian 03-8740 1392 / 03-8740 0407 / 018-241 4700 pada bila-bila masa.
WhatsApp chat WhatsApp Kami!