HARI PERTAMA (1)  : AIRPORT – BUKITTINGGI (L/D)

Tiba di  Minangkabau International Airport, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong kami yang ramah, dan kemudian terus ke Bukit Tinggi melalui lembah  Anai yang indah. Peserta berkesempatan berhenti sebentar  di air terjun Anai untuk menikmati keindahannya  dan juga di Kampung Tradisional  Minangkabau. Setelah selesai makan tengah hari, peserta akan bergerak ke Pandai Sikek, sebuah kampung yang terkenal dengan pembuatan tenunan yang halus serta ukiran kayunya. Tiba di Bukit Tinggi, peserta bergerak ke hotel dan makan malam di restoran halal tempatan.

HARI KEDUA (2) : BUKIT TINGGI – MANINJAU – BUKI TINGGI (B/L/D)

Sarapan pagi di Hotel City Tour of Bukit Tinggi, peserta akan mula mengunjungi Ngarai Sianok dengan menikmati keindahan pemandangannya. Kemudian bergerak ke Lubang Jepang (Jepun), benteng pertahanan/persembunyian tentara Jepun pada zaman perang kemerdekaan dahulu. Setelah makan tengah hari, peserta akan berangkat menuju ke Maninjau melalui selekoh 44 dengan pemandangan tasik yang sangat mempersona. Tiba di Maninjau, peserta akan mengunjungi Kampung  Sungai Batang dimana terdapat rumah seorang ulama besar Minangkabau  Hamka.  Peserta akan kembali ke Bukit Tinggi melalui Kampung Pariangan. Setelah tiba di Bukit Tinggi, peserta akan diberikan aktiviti bebas untuk berbelanja di Pasar Atas.

HARI KETIGA (3) : BUKIT TINGGI – MINANGKABAU – PADANG (B/L/D)

Peserta akan bersarapan pagi di Hotel , setelah itu perjalanan dimulai dengan menerokai keindahan bumi Minangkabau dengan mengunjungi Batusangkar. Dalam perjalanan peserta akan berhenti sebentar di Tabek Patah, untuk melihat pemandangan alam yang indah, selain mengunjungi industri tradisional tempatan seperti pembuatan pisang salai dan penggilingan kopi tradisional. Makan tengah hari peserta bermenukan ikan bakar di restoran yang dikelilingi sawah padi yang indah, dan diteruskan dengan mengunjungi Istana Pagaruyung. Peserta akan meneruskan perjalanan ke Padang melalui kampung Parianan. Tiba di  Padang, peserta akan mengunjungi China Town, Pelabuhan Tua, Jembatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan kemudiannya bergerak ke hotel. Peserta akan makan malam di restoran halal tempatan.

HARI KEEMPAT (4) : PADANG – AIRPORT ( B )

Setelah sarapan pagi di Hotel, peserta diberikan masa untuk aktiviti bebas sehingga waktu bergerak ke  Airport untuk penerbangan pulang dengan membawa kenangan yang indah di Bukit Tinggi dan Padang.

tangan


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami