Hari Pertama: Tiba di Lombok (D)

Setelah tiba di Bandar International Lombok , pemandu pelancong tempatan yang ramah akan menjemput peserta dan bergerak ke hotel. Peserta akan makan malam di restoran halal tempatan, dan seterusnya aktiviti bebas diberikan kepada peserta.

Hari Kedua: Sasak Tour (B,L,D)

 

Setelah sarapan di hotel, bermula perjalanan dengan mengunjungi kampung tradisional Lombok iaitu Kampung  Sasak , Kampung  Banyumulek , Kampung  Sukarara untuk melihat pembuatan tenunan tradisional Lombok. Selain itu, berkunjung ke Kampung  Sade  dan Rambitan . Peserta akan makan tengah hari di  Kuta Beach Lombok. Pada waktu petang peserta kembali ke hotel, makan malam di restoran halal tempatan dan aktiviti bebas.

Hari Ketiga: Gili Trawangan Tour (B,L,D)

 

Setelah sarapan di hotel , mulakan aktiviti pada hari ini dengan mengunjungi Gili Trawangan (sebuah pulau kecil di Lombok) menikmati pantai berpasir putih dan laut biru yang jernih  (optional tour watersports, glass bottom boat, dan snorkeling adalah tanggungan peserta sendiri). Makan tengah hari dan malam di restoran halal tempatan, dan petang kembali ke hotel, dan aktiviti bebas.

 

Hari Keempat: Lombok Departure  ( B )

Setelah sarapan , aktiviti bebas akan diberikan kepada peserta sehingga waktu bergerak ke bandar untuk penerbangan pulang peserta ke Malaysia dengan  membawa kenangan indah dari Lombok.

tangan


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami