Hari Pertama (1) MEDAN – PARAPAT (L/D)

Setibanya di Kuala Namu International Airport, Peserta akan disambut oleh Pemandu Pelancong tempatan. Kemudian, para peserta akan di bawa ke restoran halal tempatan untuk makan tengahari. Seterusnya, kita akan meneruskan perjalanan ke Parapat Danau Toba. Di dalam perjalanan, kita akan singgah ke Toko Patent Pematang Siantar untuk berehat sebentar dan merasai makanan tradisional tempatan iaitu Teng Teng, Tang Tang, Ting Ting dan Tong Tong. Kita juga akan singgah ke Galeri Tenun Pematang Siantar. Parapat adalah sebuah tempat pelancongan yang indah di tepi Tasik Danau Toba, check in di hotel dan makan malam di hotel.

Hari Kedua (2) – PARAPAT – PULAU SAMOSIR – PARAPAT – BERASTAGI (B, L, D)

Selepas bersarapan pagi di hotel, Perjalanan diteruskan ke Pulau Samosir dengan menaiki bot selama 45 minit. Kita akan melawat Kampung Tomok di mana kita dapat melihat Makam Raja Batak, Raja Sidabutar dan membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan. Seterusnya kita akan ke Kampung Ambarita untuk melihat perkampungan Batak dan perjalanan diteruskan untuk melihat tinggalan meja, tempat duduk serta batu yang digunakan untuk pemancungan. Menaiki bot semula dan kembali ke Parapat untuk makan tengahari di restoran halal tempatan. Selepas makan tengahari, kita akan meneruskan perjalanan ke Medan. Check in hotel dan makan malam di hotel. Selesai makan malam, peserta boleh jalan-jalan di bandar, shopping dan acara bebas.

Hari Ketiga (3) – HOTEL – AIRPORT (B)

Selepas bersarapan pagi di hotel,. kita akan mengunjungi Masjid Raya dan Istana Maimoon. Istana ini di bina pada tahun 1888 merupakan istana Kerajaan Melayu Deli pada waktu itu. Seterusnya Medan City Tour,  shopping di Kedai Batik, shopping mall dan Pasar Ikan iaitu tempat membeli belah kain pasang, telekung, kain sulam dan pelbagai barangan lagi. acara bebas sehingga waktu untuk berangkat ke Airport.

tangan


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami