KEMBARA 7 NEGARA EROPAH

(FRANCE, SWISS, GERMANY, LUXEMBOURG, NEDERLAND, BELGIUM, UK. )

(Guided Self Drive) dari RM7250 ground /orang.

SEKILAS PANDANG

Berkelana di 7 negara Eropah barat sambil menimba pengalaman memandu kereta merentasi bandar-bandar Eropah samaada pandu sendiri atau upah pemandu. Menikmati keindahan bumi Eropah semasa musim bunga dengan cuaca menarik,jalan yang cantik, sejarah , monumen dan kemajuan negara Eropah barat.

TARIKH TRIP

26 Mei – 3 Jun 2013 (musim bunga & cuti sekolah Malaysia ).  Cuaca sekitar 15-25c.

KEISTIMEWAAN TRIP INI

  • Pengalaman memandu di jalan Eropah yang indah, pemandu berdisiplin & berkualiti tinggi
  • Menikmati keindahan alam semasa musim bunga dan cuaca selesa dan sejuk.
  • Melawat tempat-tempat popular di Negara Eropah dan sejarahnya
  • Membeli belah barangan berjenama pada kos yang lebih murah berbanding di Malaysia
  • Pengalaman memasak, solat berjemaah dengan peserta trip ini
  • Ziarah masjid dan bersama muslim di Eropah dan mengenali mereka.

PENGINAPAN

Di hotel bajet atau rumah sewa bajet. Sebilik kongsi 2 atau 3 orang. Jika bujang atau bukan muhrim, lelaki & perempuan berasingan. Sebahagian penginapan ada dan boleh memasak manakala sebahagian tiada tempat memasak.

MAKAN MINUM

Kos sendiri. Samada kita masak di tempat penginapan (jika boleh) atau beli makanan halal di sekitar. Kebanyakan lokasi kami dah kenalpasti makanan/ restoran makanan halal.

PENGANGKUTAN & PEMANDUAN (GUIDED SELF DRIVE)

  1. Trip ini merupakan trip pandu sendiri. Ia di reka khas untuk memberikan pengalaman memandu di Eropah.
  2.  Pergerakan dalam kumpulan (biasanya dalam 5-10 kenderaan per trip) di bantu oleh pengurus trip kami, buku panduan trip kami, GPS (Global Positioning).
  3. Setiap pagi ada taklimat untuk bincang perjalanan.
  4. Peserta bebas bergerak menurut minat dan bajet masing-masing ke tempat-tempat menarik, dan berjumpa di checkpoint ditetapkan pada masa tertentu. Ini membantu peserta menikmati percutian ini dengan terbaik bergantung kepada bajet & minat masing-masing.
  5. Pemanduan adalah di sebelah kiri (terbalik dari Malaysia kecuali di UK). Pemandu mestilah ada Permit Memandu Antarabangsa dan Lesen Malaysia yang sah.  Peserta di minta menurut peraturan kerana pemantauan & penguatkuasaan yang ketat di sini (serta denda yang tinggi).
  6. Kenderaan ialah kereta standard (saiz medium seperti Ford Focus dan sekelasnya), kongsi 4 orang per kenderaan.  Pemilihan kenderaan lain (atau upgrade) boleh diuruskan dengan kos tambahan.

VW Golf / Ford Focus atau setarafnya

ATURCARA PERJALANAN

HARI 1. PARIS > SWISS ALPS (LAUTERBRUNNEN)

  • Awal pagi (7am) berjumpa di Airport CDG Paris. Taklimat dan bertolak mengambil kenderaan.  Perjalanan ke Switzerland melalui highway bertol Perancis dan memasuki Swiss.
  • Selepas melepasi border Swiss, terus jalan Pergunungan Alps yang cantik serta gunung ganang.

HARI 2. LAUTERBRUNNEN

  • Aktiviti bebas.
  • Peserta boleh naik ke Jungfrau (puncak tertinggi di Eropah) dan main salji – naik tren. Atau ke Murren menaiki kereta kabel dan tren. Atau boleh berehat di sekitar kawasan pergunungan ini.

HARI 3. LAUTERBRUNNEN > METZINGEN > STUTTGART

  • Awal pagi bergerak masuk ke Germany untuk ke Factory Outlet Metzingan (antara terbesar di Eropah). Kemudian ke Stuttgart.
  • Aktiviti bebas. (Boleh melawat muzium Porsche, muzium Mercedes Benz, atau membeli belah minyak wangi dan cenderahati di sekitar stesen keretapi.)

HARI 4. STUTTGART > SINSHEIM > MANNHEIM

  • Bergerak ke Sinsheim Auto Technik Museum (antara muzium teknologi, automotif, permotoran, penerbangan dan alat perang yang terbesar koleksi di Eropah). Atau boleh ronda lagi sekitar Stuttgart. Bermalam di Mannheim.

HARI 5. MANNHEIM > LUXEMBOURG > AMSTERDAM

  • Bergerak ke ibu Negara Luxembourg. Antara tarikan ialah istana lama, melawat kilang & factory outley porcelain Villeroy & Boch (jenama premium terkenal di Eropah).
  • Aktiviti bebas.  Petang bergerak masuk ke Netherland dan tidur di Amsterdam

HARI 6. AMSTERDAM > BELGIUM

  • Lihat kincir-kincir angin di Zaans Schans dan kemudian teruskan perjalanan ke perkampungan nelayan di Volendam. Boleh juga masuk ke Amsterdam dan naik kapal cruise dan Madamme Tussauds Wax Museum.
  • Kemudian memasuki Belgium. Di Brugge dan bandar lama ini ada river cruise serta pembuatan coklat Belgium. Boleh melihat proses pembuatannya.

HARI 7. BELGIUM > UNITED KINGDOM

  • Bertolak ke Calais atau Dunkirk untuk menaiki feri memasuki UK. Selepas imigresen, akan ke Asford Factory Outlet. Kemudian bermalam berdekatan atau di pinggir sebelum London.

HARI 8. UNITED KINGDOM

  • Bertolak ke London pada awal pagi. Aktiviti bebas.
  • Melawat Buckingham Palace, Big Ben, London Tower Bridge, Madamme Tussauds Wax Museum London menaiki tren & bas.
  • Lewat petang bergerak ke Folkestone.

HARI 9. UNITED KINGDOM > PARIS

  • Awal pagi menaiki feri kembali ke Paris. Tiba di Paris, aktiviti bebas.
  • Melawat  Eifel Tower, Champ De Ellysse, Louvre Museum dan lain-lain tarikan yang banyak di sini.
  • 6pm Trip Selesai.

HARI 10 PARIS > KUALA LUMPUR

  • Bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur

HARGA

PAX Sharing per kenderaan

DEWASA (12 thn ke atas)

KANAK-KANAK (2-12thn)

BAYI (< 2 thn) Tak kira as PAX

 4 orang /kereta  RM 7250.00  RM 7250.00  Percuma
 3 orang/kereta  RM 8237.00  RM 8237.00  Percuma
 2 orang/kereta  RM 9730.00  RM 10230.00  Percuma
 6 orang /MPV  RM 7250.00  RM 7250.00  Percuma
 7-8 orang /van  RM 7250.00  RM 7250.00  Percuma

Harga termasuk

  • Kos Sewa Kenderaan (termasuk GST – Govt Service Tax), kongsi 4 orang per kenderaan (untuk Guided Self Drive) atau 8 orang per van.
  • Penginapan (Hotel bajet / motel / apartment) 2-3 orang sebilik. Jika peserta tidak genap dan terpaksa duduk seorang sebililk, kos tambahan ialah RM1500/org (seorang sebilik).
  • Feri ke UK (pergi balik)
  • Standard Insurance untuk kenderaan (Third Party)
  • Sewa GPS dan buku panduan trip kami
  • Pengurusan Trip & Koordinasinya
  • Pengurus Trip bersama dalam kumpulan
  • Takaful Kembara untuk peserta
  • Tiket penerbangan ke PARIS.

Harga TIDAK termasuk

  • Refundable Security Deposit kenderaan (dlm EURO100/org) semasa nak ambil kenderaan
  • Upgrade ke Reduce Liability Insurance Coverage. dari 3rd party ke komprehensif. (dlm EURO 80-100/org). Ini optional. Tertakluk kepada persetujuan bersama ahli kenderaan.
  • Makan Minum. (bajet dlm EURO 200/org)
  • Kos persendirian – Yuran masuk atau fee aktiviti-aktiviti ( dlm EURO 100-300/org)
  • Minyak kenderaan,tol, parking, dan lain-lain. (dlm Euro200-300/org)

TAMBAHAN (optional)

  • Pemandu (untuk van sahaja). Tambahan RM350-500/orang
  • Servis ambil & hantar airport > penginapan >airport. Tambahan RM100/orang
  • Extra malam di penginapan Paris. Tambahan RM250/bilik/malam.


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami