Program Bahasa Arab di Yaman 2013

 

Matlamat Program

  • Memahirkan peserta dengan kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis menggunakan Bahasa Arab Fushah (standard) melalui sistem pembelajaran bersistematik dan bertahap.
  • Memantapkan ketepatan penggunaan istilah Bahasa Arab bersesuaian dengan persekitaran masyarakat Arab.
  • Memperkenalkan penggunaan Bahasa Arab ‘Aamiyah (lokaliti).
  • Membantu memantapkan kelancaran pembacaan Al-Quran para peserta.

Mengapa Yemen?

  • Negeri asal-usul bangsa Arab.
  • Penggunaan Bahasa Arab sehari-harian yang masih terjaga dan hampir kepada Bahasa Arab Fushah (Bahasa Arab standard).
  • Suasana masyarakat yang bertolak ansur dan kebanyakkannya bermazhab Syafie.
  • Suasana keislaman masih terjaga, dan terdapat ramai ulama’ yang boleh dimanfaatkan ilmunya.
  • Jumlah pelajar Malaysia/Asia Tenggara yang kurang, memudahkan proses pembelajaran, praktikal dan aplikasi bahasa.
  • Banyak tempat-tempat bersejarah.

Maklumat Umum Program

  • Nama Pakej: Kembara Bahasa di Bumi Yemen 2014
  • Pengurusan: Persada Oasis Travel & Tours Sdn Bhd (“Persada Oasis”) (dengan kerjasama Hikmah Yaman Management)
  • Tempat: Sana’a, Republik Yemen
  • Tempoh: 2 bulan (8 minggu)
  • Konsep ProgramPengajian teori dan praktikal berasaskan bahasa Arab
  • Pengambilan Peserta: 6 sesi pengambilan
  • Tempoh Program: Januari-Februari 2014, Mac-April 2014, Mei-Jun 2014, Julai-Ogos 2014, September-Oktober 2014, November-December 2014

(*jadual tepat penerbangan dan pendaftaran peserta akan diumum dari semasa ke semasa).

Kriteria/kelayakan:         Lelaki atau perempuan berusia lebih 16 tahun; dan

Tahap kesihatan yang memuaskan (*sila maklumkan kepada penganjur sekiranya anda mempunyai alahan terhadap apa-apa makanan atau keadaan tertentu)

Komponen Utama Program

Umumnya program sepanjang lapan minggu ini akan memfokuskan kepada kebolehan:-

  1. Mendengar;
  2. Membaca,
  3. Bertutur; dan
  4. Menulis

Maklumat lanjut mengenai program, Muat Turun Itenary Kembara Bahasa di Bumi Yaman 2014

tempah


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami