SEKILAS PANDANG

Mengembara di New Zealand (South Island) yang dikurniakan Allah keindahan alam serta penduduk yang ramah dengan mengenderai MOTORHOME (rumah bergerak). Dikenali dengan antara tempat “wajib pergi” untuk  menikmati keindahan alam. Kembara New Zealand MotorHome berjalan pada musim luruh (Mac), musim bunga (November), musim panas (Disember) kerana cuaca yang selesa, serta pemandangan yang amat cantik, MasyaAllah.

TARIKH TRIP

6-14 Mac 2013 (musim luruh di NZ) 4 motorhome lagi

23 – 31 Mac 2013 (musim luruh di NZ & cuti sekolah di Malaysia) 6 motorhome lagi

4 – 10 Disember 2013 (musim panas awal & cuti sekolah di Malaysia) 10 motorhome lg

12 – 18 Disember 2013 (musim panas & cuti sekolah di Malaysia) 10 motorhome lg.

ISTIMEWA TRIP INI

  • Pengalaman memandu & menaiki motorhome
  • Bergerak, masak, makan, tidur, mandi di dalam motorhome.
  • Motorhome lengkap dgn katil, tempat tidur, bilik air, sinki, dapur memasak, cabinet, alatan memasak, kerusi & meja makan.
  • Pergerakan, solat, makan dan berkelana secara jemaah
  • Melihat keindahan alam 4 musim pada satu masa
  • Aktiviti pelbagai (bungee jump, jet boat, antartica experience dan lain)

PENGINAPAN

  • Di dalam motorhome (share 6 hingga 2 orang seunit motorhome). Motorhome kita overnight /bermalam di campsite yang percuma atau murah/bajet.
  • Jika bujang atau bukan muhrim, kami akan asingkan motorhome lelaki dan perempuan.
  • Motel/apartment bajet hari pertama tiba atau hari sebelum penerbangan balik (kos tambahan)

MAKAN MINUM

  • Kebanyakan bahan makanan kita bawa dari Malaysia dan kita masak atau panaskan di dalam motorhome.
  • Memasak dan makan akan buat berjemaah bila berkesempatan.
  • Alatan memasak asas dan dapur memasak ada dalam motorhome.
  • Taklimat akan di adakan untuk senarai bahan makanan dan keperluan lain yang perlu di bawa oleh semua peserta. Ini memastikan kos terkawal dan bahan makanan yang halal.

PENGANGKUTAN & PEMANDUAN

  • Pandu sendiri motorhome.Pergerakan dalam kumpulan (biasanya dalam 5-10 motorhome per trip) di bantu oleh pengurus trip kami, buku panduan trip kami, GPS (Global Positioning).
  • Setiap pagi ada taklimat untuk bincang perjalanan. Peserta bebas bergerak menurut minat dan bajet masing-masing ke tempat-tempat menarik, dan berjumpa di checkpoint ditetapkan pada masa tertentu. Ini membantu peserta menikmati percutian ini dengan terbaik bergantung kepada bajet & minat masing-masing.
  • Pemanduan adalah seperti di Malaysia (steering kanan).
  • Motorhome ni transmisi manual dan saiz dia macam lori 3 tan. Insyaallah ½ hari memandu boleh cekap.
  • Lesen Malaysia sah digunakan di sini. Kebanyakan undang-undangnya hampir sama di Malaysia dan peserta di minta menurut peraturan kerana pemantauan & penguatkuasaan yang ketat di sini.

ATURCARA PERJALANAN

HARI 1 . FLIGHT KE NZ
Penerbangan ke Christchurch New Zealand.

HARI 2. CHRISTCHURCH ke OMARAMA
Shuttle dari airport ke depot motorhome untuk taklimat dan ambil kenderaan serta urusan paperwork. Kemudian, mula bergerak melalui & menikmati jalan cantik serta pemandangan indah dan tasik besar (Lake Tekapo dan Lake Pukaki). Tidur di campsite.

HARI 3. OMARAMA > WANAKA > QUEENSTOWN
Pagi boleh lihat demonstrasi mengetam bulu kambing (kos sendiri). Kemudian ke Wanaka utk ke Puzzle World Wanaka dan beli cenderahati di pekan ini. Perjalanan melalui antara jalan terindah dan berbeza muka bumi. Lewat petang ke Queenstown untuk bermalam.

HARI 4. QUEENSTOWN > TE ANAU
Free & Easy. Aktiviti di Queenstown, (bungee jump, tarian haka, cable car, jet boat, dan lain-lain). Petang bergerak ke campsite di Te Anau.

HARI 5.  TE ANAU > MILFORD SOUND > DUNEDIN
Awal pagi boleh ke Milford Sound untuk naik bot terkenal untuk melihat keindahan fiord New Zealand yg terkenal seluruh dunia. Tengahari bergerak ke Dunedin melalui jalan bukit yang banyak lokasi penggambaran Lord of The Rings dan juga lapangan gandum yg amat luas. Ke Peninsula Otago untuk melihat ratusan/ribuan burung albatross dan juga penguin kecil di tepian pantai sini. Bermalam di sekitar Peninsula Otago.

HARI 6. DUNEDIN >  TIMARU
Awal pagi ke bandar Dunedin. Free & Easy. Boleh lawat kilang Cadbury’s. Bergerak ke Oamaru & Timaru sambil singgah di Moeraki Boulders (ada banyak batu bulat besar di tepian pantai), boleh main pantai dan juga tengok cara keju tradisional di buat di Oamaru. Bermalam di Timaru.

HARI 7. TIMARU > CHRISTCHURCH
Pagi gerak ke Christchurch. Free & Easy. Boleh tengok binatang di Safari Park atau pengalaman mengembara antartika di Antartica Exhibition Centre, atau memandu kereta kebal. Petang, pulangkan motorhome ke depot. InsyaAllah semua peserta mendapat pengalaman yang menarik dan pemandangan alam yang sungguh indah.

TRIP SELESAI.

Jika penerbangan peserta pada keesokan harinya, kami boleh bantu uruskan penginapan (kos lain) untuk malam tersebut beserta pengangkutan penginapan ke airport.

HARGA (Ground)
(Trip Mac 2013)

 PAX Sharing per Motorhome  DEWASA (12 thn ke atas)  KANAK-KANAK (2-12thn) BAYI (< 2 thn). Tak kira as PAX
 6 orang /motorhome

RM1250

RM1000

Percuma

 5 orang /motorhome

RM1500

RM1250

Percuma

 4 orang /motorhome

RM1650

RM1400

Percuma

 3 orang /motorhome

RM2000

RM1750

Percuma

 2 orang /motorhome

RM2250

RM2000

Percuma

 (Trip Dec 2013)

PAX Sharing per Motorhome

DEWASA (12 thn ke atas)

KANAK-KANAK (2-12thn)

BAYI (< 2 thn). Tak kira as PAX

6 orang /motorhome

RM1650

RM1300

Percuma

5 orang /motorhome

RM1950

RM1600

Percuma

4 orang /motorhome

RM2100

RM1900

Percuma

3 orang /motorhome

RM2800

RM2400

Percuma

2 orang /motorhome

RM3250

RM3250

Percuma

Harga tertera adalah jumlah yang perlu dibayar kepada kami. Perubahan mungkin berlaku jika ada perubahan kos, kadar pertukaran mawatang dan lain-lain sebab.

Nota : Maksima 6 dewasa atau 2 dewasa & 5 kanak-kanak sahaja setiap motorhome

Harga termasuk

  • Kos Sewa Motorhome (termasuk GST – Govt Service Tax) seperti itinerari
  • Alatan memasak asas spt dapur gas, sudu, garpu, periuk, pinggan mangkuk, cawan & gelas (dalam motorhome)
  • Insurans Motorhome (Upgrade ke Reduce Insurance Liability Option 2) & Takaful Kembara untuk peserta.
  • Gas Refill Fee
  • Sewa GPS dan buku panduan trip kami
  • Pengurusan, Koordinasi Trip, Pengurus Trip bersama dalam kumpulan

Harga TIDAK termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik di uruskan oleh Persada Oasis Travel and Tours Sdn Bhd.
  • Diesel Recovery Tax (dlm RM30-50/org) – tertakluk kepada jumlah jarak perjalanan sebenar di sana. Bayar kepada pihak motorhome.
  • Refundable Security Deposit (dlm RM150/org). Ini di bayar semasa ambil kenderaan di sana dan dipulangkan kembali apabila pemulangan dilakukan dengan baik/lengkap. Ia di ambil dari kad kredit atau debit kad sahaja.
  • Bahan makanan & masakan (sbhgn kita bawa dr Malaysia – akan diberitahu dlm taklimat dan sbhgn kita beli di NZ. Bajet dlm RM200/org )
  • Yuran masuk atau fee aktiviti-aktiviti (dlm RM300-500/org)
  • Minyak kenderaan, parking, campsite dan lain-lain (dlm RM150-300/org)


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami