KEISTIMEWAAN  TRIP UZBEKISTAN

  • Melihat Quran Mushaf Usmani asal yg ditulis di atas kulit rusa, sewaktu zaman Saidina Uthman. 4 salinan dibuat dan di agihkan ke empayar Islam. Salah satunya ke Tashkent.
  • Strawberi jual macam buah rambutan, anggur jual dalam baldi,  tembikai yg besar & rangup.
  • Melawat “Caravan Saray” atau peninggalam “The Silk Road” , laluan pedagang zaman dahulu dan tamadunnya
  • Menziarah ketamadunan Islam dan madrasah serta masjid agung yang melahirkan pemikir hebat seperti Imam Bukhari
  • Menziarah “souk” , kehidupan, kedai dan bandar-bandar lama yang masih seperti 1000 tahun dahulu di Bukhara, Samarkand

TARIKH TRIP

  1. 22-28 Mac 2013 (cuti sekolah, Musim Bunga)
  2. 24-30 Mei 2013 (cuti sekolah, Musim Panas)
  3. 16-22 Ogos 2013 (cuti sekolah, Musim Panas/Luruh)
  4. 15-21 Nov 2013 (cuti sekolah, Musim sejuk/salji awal)

HARGA

RM4500 / dewasa.  RM3500/kanak-kanak (2-12 thn).   RM500/baby (bwh 24 bln). umur di kira semasa tarikh berlepas

Harga ALL IN termasuk tiket penerbangan pergi balik (Tashkent <> KLIA) Uzbek Air, makan minum halal, transport, guide muslim, penginapan, visa pelawat, insurans.

ITINERARI (8h6m)

HARI 1 . Kuala Lumpur > Tashkent 

Awal pagi berkumpul di KLIA 7am untuk flight Uzbekistan Airways ke Tashkent, Uzbekistan (7 jam non stop). InsyaAllah tengahari 2.45pm tiba di Tashkent. Makan tengahari kemudian ronda bandar Tashkent , menziarah Hadzrati Imam Complex (di mana terdapat Quran asal Mushaf Usmani yg ditulis di atas kulit rusa), Barakhan Madrasah, Muyi Madrasah, Masjid Djuma . Kemudian makan malam di restoran dan check in hotel.

HARI 2. Tashkent / Samarkand 

Selepas sarapan, bertolak ke Samarkand (315km, 4jam). Melawat sekitar peninggalan tamadun Tamerlane, Ruhabad Museum, Registan Square, Madrasah Uhugbeg. Makan tengahari dan malam di restoran. Lewat petang check in hotel.

HARI 3. Samarkand

Selepas sarapan, ronda sekitar Bazar Lama Samarkand (untuk beli belah cenderahati, buah-buahan & buahan kering – pistachio, kismis, anggur, strawberi, tembikai, almond) serta melihat budaya mereka. Selepas makan tengahari, melawat Masjid Bibi Khonum (Masjid terbesar di Asia Tengah), Kompleks Nabi Daniel dan Kompleks Shakizindah (di mana Khusam Ibnu Abbas, saudara Rasulullah dikebumikan). Makan malam dan kembali ke hotel.

HARI 4. Samarkand / Bukhara

Selepas sarapan, bertolak ke Bukhara (250km, 3 jam). Dalam perjalanan, melawat Kompleks Muzium Imam Al Bukhary. Perjalanan menggunakan jalan gurun Karakum dan melalui “Caravan Saray”(jalan the Silk Road pedagang dulu ke Asia) serta kota lama/peninggalan sepanjang perjalanan. Tiba Bukhara dan makan tengahari. Ronda sekitar Bukhara dan check in hotel, kemudian makan malam.

HARI 5. Bukhara

Bandar Bukhara juga dikenalli sebagai “Bandar Ketamadunan Islam”. Melawat Madrassah Abd Aziz Khan, Komplex Chor Minor, Masjid Kalon, Toki Telpaki-Furushan Kompleks (untuk membeli barangan tempatan & shopping). Selepas makan tengahari, melawat Masjid Bolo Hauz, Madrasah Devan Begi ( juga pertunjukan kesenian budaya tempatan di sini). Makan malam dan balik ke hotel.

HARI 6. Bukhara / Tashkent

Meronda bandar Bukhara. Jika berkesempatan akan ke Chimgan Mountain & Charvak Lake (dikenali sebagai Swiss of Uzbekistan) kerana pemandangannya yang indah. Selepas makan tengahari, bertolak kembali ke Tashkent. Ronda sekitar bandar Tashkent. Selepas makan malam, balik ke hotel.

HARI 7. Tashkent 

Selepas sarapan, melawat Amir temur Square, Muzium Uzbekistan, Independence Square. Selepas makan tengahari, melawat bazaar (mempunyai jualan bazar seperti zaman 1000 tahun dulu, tempat makan, taman dan air pancut). Selepas makan malam, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 8. Tashkent > Kuala Lumpur

InsyaAllah jangka tiba KLIA pada awal pagi dengan memori indah.


Utama        Tentang Kami        Pakej Dalam Negara       Umrah 2013        Hubungi Kami