Persiapan Spiritual (Dalaman)

  1. Sentiasa bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan.
  2. Digalakkan untuk berfikiran positif agar Allah S.W.T memudahkan segala urusan sepanjang tempoh umrah kita.
  3. Memohon kepada Allah semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang umrah (dan selepasnya), mendapat taufiq, hidayah serta inayah (pertolongan) sehingaah dapat melaksanakan umrah dengan sebaik-baiknya dari awal hingga akhir, serta memberkati perjalanan tersebut.
  4. Memohon keredhaan ibu bapa (jika masih hidup) atas keberangkatan kita menunaikan umrah di samping memohon kemaafan atas kesalahan kita terhadap mereka berdua khususnya dan sesiapa sahaja amnya.
  5. Mengikuti kursus bimbingan umrah dengannya daripada tenaga pengajar yang berpengalaman di samping menambah pengetahuan tentang ibadah umrah melalui pembacaan bahan-bahan berkaitan.

Persiapan Material

Beg Sandang yang mengandungi:-

  • Buku Panduan Umrah
  • Passport
  • Tiket Penerbangan
  • Wang secukupnya untuk kegunaan di Tanah Suci.
  • Bekalan perubatan yang perlu seperti panadol, minyak angin dan lain-lain (sekiranya perlu) dan ubat kencing manis, ubat darah tinggi (bagi individu berkenaan),

2. Beg beroda bersaiz sederhana

Jemaah Lelaki

NO Jenis Barangan
KUANTITI
1 Kain Ihram 1 pasang
2 Kain Pelikat 2 helai
3 Tali Pinggang 1 utas
4 Jubah 2 pasang
5 Baju Sejuk/Sweater 1 helai
6 Seluar Panjang 3 helai
7 Singlet Poket / Zip 2 helai
8 Tuala Mandi 1 helai
9 Songkok / Kopiah / Tasbih 2 biji
10 Selipar Getah / Sandal 1 pasang
11 Kasut 1 pasang
12 Sarung Kaki 2 pasang
13 Buku Panduan Haji / Umrah 1 biji
14 Ubat / Berus Gigi / Sabun Mandi Secukupnya
15 Gunting Kecil untuk Tahalul (disimpan dalam kargo) 1
16 Buku-buku Doa (mengikut keperluan)
17 Minyak Agin / Ubat-ubatan
18 Cermin Mata Tambahan (bagi yang bercermin mata).
19 Keperluan-keperluan lain yang difikirkan perlu.

Jemaah Wanita

NO Jenis Barang KUANTITI
1 Telekung Sembahyang 1 pasang
2 Mini Telekung 2 helai
3 Baju Kurung 1 utas
4 Jubah Putih / Hitam 2 pasang
5 T-shirt 1 helai
6 Baju Sejuk/Sweater 2 helai
7 Tuala Mandi 2 helai
8 Seluar Panjang 1 helai
9 Sarung Kaki 2 biji
10 Sarung Tangan 1 pasang
11 Selipar Getah / Sandal 1 pasang
12 Buku Panduan Haji / Umrah 2 pasang
13 Ubat gigi / Berus gigi / Sabun Mandi Secukupnya
14 Gunting Kecil untuk Tahalul (disimpan dalam kargo) 1
15 Buku-buku Doa (sekiranya perlu)
16 Minyak Agin / Ubat-ubatan
17 Cermin Mata Tambahan (bagi yang bercermin mata).
18 Tuala Wanita (bagi yang berkenaan)
19 Keperluan-keperluan lain yang difikirkan perlu.

PANDUAN TENTANG BARANG LARANGAN

Para jemaah dinasihatkan supaya TIDAK MEMBAWA MASUK BARANG LARANGAN ke dalam kapal terbang. Barang-barang tersebut hendaklah dimasukkan/diisi dalam ke dalam beg yang dimasukkan ke dalam kargo

  • Senjata tajam
  • Pisau
  • Gunting
  • Bekas menggunakan kaca
  • Botol minyak wangi
  • Bahan api
  • Pemetik api ( lighter)
  • Mancis api

(Maklumat lanjut boleh didapati di Kaunter Pertanyaan KLIA).

PANDUAN URUSAN CHECK IN DI AIRPORT DAN IMIGRESEN

Ketika hendak berangkat

  1. Setiap jemaah dikehendaki berada di lapangan terbang KLIA 3-4 jam sebelum waktu penerbangan.
  2. Semua jemaah hendaklah berkumpul di suatu tempat yang diarahkan oleh pihak agensi umrah.
  3. Urusan check in lazimnya akan dibantu oleh pihak agensi umrah atau wakilnya.
  4. Berat timbangan ketika pergi tidak lebih 20 kg dan ketika pulang dari Jeddah ialah 20 kg. Lebihan muatan akan ditanggung oleh jemaah berkenaan.
  5. Pastikan pasport, boarding pass dan tiket penerbangan tersimpan rapi dalam beg sandang.

Ketika sampai di Jeddah

  1. Ketika pemeriksaan pihak imigresen, suami atau mahram hendaklah mengiringi isteri atau wanita yang menjadi mahramnya.
  2. Ketika pemeriksaan pihak kastam, beg kita yang berkunci hendaklah segera dibuka untuk tujuan pemeriksaan.Kunci beg hendaklah dipegang oleh masing-masing.kunci suami dipegang oleh suami dan kunci isteri dipegang oleh isteri supaya mudah membuka beg masing-masing.

Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami