Harga Pakej : RM 6898.00

Hari 1 – 24 Mei: KUALA LUMPUR – ISTANBUL -
Bermula perjalanan dari Lapangan terbang KLIA menuju ke Istanbul.

Hari 2 – 25 Mei: ISTANBUL – BURSA -
Tiba sahaja di lapangan terbang Istanbul, rombongan akan di bawa mengelilingi bandar Istanbul, mengunjungi Masjid Sultan Ehmet (Masjid Biru), Hippodrome dan ziarah Muzium Aya Sophia. Sesi pengisian bersama Pencetus Ummah. Selepas makan tengahari, bas akan menuju ke Bursa melalui Laut Marmara. Makan malam dan bermalam di hotel di Bursa.
[Makan Tengahari, Makan Malam]

Hari 3 – 26 Mei: BURSA – EPHESUS –
Selepas sarapan anda akan melawat Masjid dan Makam Hijau, Masjid Agung (Ulu Camii’) serta Bazaar Sutera. Sesi pengisian dari Pencetus Ummah. Bas akan menuju ke Ephesus dan dalam perjalanan makan tengahari di restoran tempatan. Melawat St. Mary House dan Turkish Delight Shop. Makan malam dan bermalam di hotel di Kusadas?.
[Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam].

Hari 4 – 27 Mei: EPHESUS – PAMUKKALE –
Selepas sarapan, melawat Ephesus Ancient Greek – Roman City yang mempunyai populasi terbesar kawasan Mediteranien (250,000). Kemudian melawat Leather Factory Outlet. Selepas makan tengahari bas akan menuju Pamukkale dan melawat Hierapolis Ancient City, dan Cotton Castle. Sesi pengisian dari Pencetus Ummah. Makan malam dan bermalam di hotel. [Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam].

Hari 5 – 28 Mei: PAMUKKLALE – CAPPADOCIA –
Selepas sarapan bas akan menuju ke Konya. Makan tengahari dalam perjalanan di restoran tempatan dan melawat Makam Maulana Jalaluddin Ar-Rumi – terletak di Konya, Turki, yang merupakan makam Jalal ad-Din Muhammad Rumi dari pemerintahan Mevlevi. Sesi pengisian dari Pencetus Ummah. Memandu terus ke Cappadocia, dalam perjalanan melawat Seljukian Caravanserai ‘Sultanhan”. Makan malam dan bermalam di hotel.
[Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam].

Hari 6 – 29 Mei: CAPPADOCIA –
Awal pagi menaiki Belon Udara Panas (Pilihan). Selepas sarapan melawat Bandar Bawah tanah Kaymakli. Melawat Carpet Factory, tempat membuat permaidani tenunan tangan secara tradisi. Kemudian melawat Muzium Terbuka Goreme dan Bandar Goreme. Makan tengahari di Restoran berdekatan. Sesi pengisian dari Pencetus Ummah. Melawat kedai perhiasan Turquoise Jewellery Shop. Kemudian kita akan mengambil gambar di Pasabag dan Derbent Valley. Makan malam dan bermalam di hotel.
[Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam].

Hari 7 – 30 Mei: CAPPADOCIA – ANKARA – ISTANBUL –
Selepas sarapan menuju ke Ankara. Dalam perjalanan kita mempunyai masa untuk mengambil gambar di Salt Lake yang merupakan tasik kedua terbesar di Turki dengan pemandangan yang cantik sekali. Kemudian melawat dan mengelilingi Bandar Ankara. Makan Tengahari di restoran tempatan di Ankara. Sesi pengisian dari Pencetus Ummah. Selepas itu menuju ke Istanbul. Makan malam dan bermalam di hotel di Istanbul.
[Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam].

Hari 8 – 31 Mei: ISTANBUL –
Selepas sarapan menuju Muzium Istana Topkap? yang dibina sebagai tempat penginapan utama Kesultanan Uthmaniah selama kira-kira 400 tahun. Sesi pengisian dari Pencetus Ummah. Kemudian masa bebas untuk membeli belah di Spice Bazaar. Selepas makan tengahari, menaiki kapal pelayaran Bosphorus Cruise. Kemudian masa bebas untuk membeli belah di Grandbazaar, makan malam di restoran tempatan. Menuju ke airport untuk penerbangan balik.
[Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam].

Hari 9 – 1 Jun ISTANBUL – KUALA LUMPUR
Ketibaan ke KLIA dari Istanbul bersama memori indah dan ole-ole dari Turki.

Pakej termasuk :

  • Cukai lapangan terbang.
  • Tempat penginapan di hotel 3* & 4* termasuk sarapan pagi.
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan dan bas berhawa dingin.
  • Perjalanan dan pemindahan seperti di dalam itinerari.
  • Tips kepada pemandu pelancong dan pemandu bas.
  • Hidangan makan seperti di dalam itinerari.
  • Bayaran menaiki kapal pelayaran Bosporus Cruise.
  • Insurans Takaful Kembara.

Pakej TIDAK termasuk :

  • Tambahan (sekiranya ada): Hidangan tambahan, pengangkutan tambahan & aktiviti pilihan peserta (sukan air, spa, etc).
  • Lain-lain belanja persendirian yang tidak dinyatakan di dalan itinerari.
  • Bayaran lebihan bagasi.
  • Caj Persendirian – bil telefon, minibar, dobi.

Terma & Syarat :

  • Bayaran penuh hendaklah dibuat secara tunai SEBELUM 24 April 2015.
  • Kadar harga boleh berubah-ubah tanpa notis dan bergantung kepada pengesahan selepas penempahan.
  • Penempahan bergantung kepada kekosongan dan atau pengesahan mengikut siapa dahulu menempah.
  • Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian akibat kegagalan untuk berhubung dengan pembekal perkhidmatan yang lain dan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan bagasi atau barangan peribadi, penyakit, kecederaan atau kehilangan nyawa akibat daripada aktiviti-aktiviti di luar kawalan kami.
  • Tiada pemulangan bayaran ke atas pembatalan penyertaan selepas kembara bermula atau ke atas sebarang perjalanan, pemindahan, tempat penginapan, hidangan makanan dan lain-lain perkhidmatan yang tidak digunakan.
  • Disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu atau keadaan operasi yang tidak dijangka, pihak chalet berhak untuk mengubah atau membatalkan mana-mana jadual perjalanan atau lawatan tanpa pampasan.
  • Tiada pemulangan bayaran sekiranya pembatalan dibuat kurang dari 2 minggu dari tarikh penerbangan.

*Sebarang caj tiket penerbangan, yuran penerbitan semula dan perbezaan tambang adalah berkenaan.

tempah


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami