PAKEJ WISATA BANDUNG OASIS 4D3N

HARI 1
Jemputan di lapangan terbang oleh wakil kami di Bandung. Anda seterusnya dibawa ke hotel untuk check-in dan berehat sebentar. Kemudian di bawa untuk makan tengah hari dan singgah untuk solat zohor dan asar (jamak). Peserta seterusnya dibawa untuk membeli belah di Factory Outlet terkenal di Bandung seperti Factory Outlet Jalan Dago, Saung Angklung Udjo. Makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 2
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa ke Tangkuban Parahu, sebuah gunung berapi terkenal di Bandung yang menjadi destinasi wajib bagi setiap pelancong yang berkunjung ke sini. Selain daripada melihat keindahan panorama disekitar kawasan gunung berapi, peserta juga boleh mencuba merendam kaki di Sari Ater Hotspring. Peserta seterusnya dibawa untuk makan tengah hari di restoran terpilih di sekitar Bandung dan seterusnya dibawa pula ke tempat membeli belah pakaian berjenama di Factory Outlet jalan Setiabudhi (rumah Mode,Fashion World dll), Cihampelas (pusat pakaian jeans dan t-shirt). Makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 3
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat ke Kawah Putih dan ladang strawberi. Peserta kemudiannya akan dibawa ke Pasar Baru, sebuah destinasi wajib bagi pelancong muslim yang menjadi tempat penjualan telekung, tudung, blouse, cenderamata dan banyak lagi.

HARI 4
Selesai sarapan pagi, peserta akan berkemas dan check-out daripada hotel. Kemudian peserta akan dibawa pula membeli ole-ole yang amat popular di Bandung iaitu di gedung Kartikasari Amanda Brownies. Berlepas ke lapangan terbang dan bersedia untuk check-in.

TAWARAN PAKEJ ADALAH
Hotel 4 bintang : RM 890.00/pax
Hotel 3 bintang : RM 780.00/pax
Hotel 1 & 2 bintang : RM 680.00/pax
Guest House : RM 590.00/pax

Pakej Termasuk:

  1. Pengangkutan sepanjang berada di Bandung termasuk airport transfer, parking dan tol.
  2. Hotel mengikut pakej yang ditempah (twin sharing)
  3. Makan dan minum sepanjang lawatan (sarapan, tengh hari dan malam)
  4. Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan berbayar.
  5. Tips pemandu pelancong


Utama        Tentang Kami        Pakej Umrah 2016        Hubungi Kami