Your Cart

9 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Masjid Nabawi

Melihat pemandangan keindahan yang sempurna, kita sering mendengar istilah “Syurga di Dunia!” Tetapi hanya ada satu tempat yang benar-benar mempunyai hak untuk mengisytiharkan dirinya seperti itu. Di sana, jauh di dalam masjid Nabi صلى الله عليه وسلم (Masjid Nabawi), ditutupi oleh permaidani hijau dan air mata jutaan manusia, disinilah terletaknya “taman dari taman-taman syurga.” Ia adalah tempat yang diketahui oleh setiap Muslim yang pernah hidup, namun masih banyak yang kita tidak tahu mengenainya. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan misteri di Masjid Nabawi:

9. Tempat pertama di Semenanjung Tanah Arab mempunyai bekalan elektrik

Apabila kerajaan Uthmaniyyah memperkenalkan elektrik ke Semenanjung Tanah Arab, tempat pertama yang diterangi ialah Masjid Nabawi. Ada yang menyatakan bahawa Masjid Nabawi terlebih dahulu mempunyai bekalan elektrik yang penuh sebelum Sultan Uthmaniyyah memilikinya sendiri di istananya di Istanbul.

8. Masjid sekarang lebih besar dari bandar lama

Masjid Nabawi sekarang memiliki lebih 100 kali ganda saiz bangunan yang asal. Ini bermakna masjid sekarang meliputi hampir keseluruhan kawasan bandar lama itu sendiri. Ini terbukti daripada fakta bahawa tanah perkuburan Jannat Al-Baqi berada di pinggir kota pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم, ia kini hanyalah bersempadan dengan kawasan masjid pada hari ini.

7. Terdapat kubur kosong di dalam bilik Nabi Nabawi

Telah lama menjadi legenda bahawa terdapat “kubur kosong” di sebelah tempat Nabi صلى الله عليه وسلم, Abu Bakar dan Umar dikebumikan. Walau bagaimanapun, ini disahkan apabila individu yang masuk menukar tudung dalam hujrah* pada tahun 1970-an mencatatkan kehadiran ruang kosong. Sama ada ia ditujukan kepada Isa Alaihisalam apabila dia kembali atau tidak, adalah perkara yang diperdebatkan. Wallahua’alam

*Nota dari pengarang: Apa yang dimaksudkan dengan “hujrah” dalam hal ini bukanlah ruang pengebumian sebenar / bilik asal Aisyah (RA.) Ini dikelilingi dalam struktur segi lima tanpa pintu atau tingkap dan tidak kelihatan selama berabad-abad. Kawasan yang dimaksudkan ialah keseluruhan kawasan yang merangkumi ruang dan kawasan bilik lain.

6. Musnah oleh api

Sebahagian besar masjid lama, termasuk mimbar asal Nabi SAW, telah musnah dalam kebakaran yang melanda masjid berabad-abad selepas Nabi SAW wafat. Apinya sangat besar sehingga bumbung bahkan beberapa dinding bilik Nabi SAW runtuh, menampakkan tempat peristirahatan baginda buat kali pertama dalam 600 tahun.

5. Dulu tiada kubah, kini ada dua!

Selama lebih dari 650 tahun setelah Nabi SAW wafat, tidak ada kubah di atas makam baginda SAW. Kubah yang pertama dibina pada 1279 oleh seorang sultan Mamluk dan diperbuat daripada kayu. Kubah hijau yang kita lihat hari ini sebenarnya adalah kubah luar di atas bilik Nabi SAW. Terdapat kubah dalam yang jauh lebih kecil dan mempunyai nama Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar RA dan Umar RA yang tertulis di bahagian dalamnya.

4. Dulu kubah berwarna ungu!

Ternyata kubah itu telah melalui pelbagai warna dan pengubahsuaian sebelum mencapai bentuk dan warna semasa kira-kira 150 tahun lalu. Pada satu ketika dahulu ia berwarna putih dan untuk tempoh yang paling lama ia adalah warna ungu-biru yang amat digemari oleh orang Arab Hijaz.

3. Mempunyai 3 mihrab

Kebanyakan masjid hanya mempunyai satu mihrab, tetapi Masjid Nabawi mempunyai tiga. Mihrab semasa adalah yang digunakan pada masa kini untuk imam mengimamkan solat. Mihrab yang lain diletakkan semula dan dipanggil mihrab Suleymaniye atau Ahnaf. Ia dibuat atas perintah Sultan Suleyman yang mulia bagi Imam Hanafi untuk mengimami solat manakala Imam Maliki mengimamkan solat dari mihrab Nabi. Mihrab Nabawi sepenuhnya meliputi kawasan yang digunakan oleh Nabi SAW untuk mengimamkan solat kecuali tempat baginda meletakkan kakinya.

2. Apakah yang terdapat di dalam bilik Saidatina Fatimah RA?

Barang-barang kepunyaan Nabi SAW ditempatkan di biliknya atau di bilik Saidatina Fatimah RA selepas proses perluasan masjid. Apabila Madinah dikepung semasa Perang Dunia I, komander Uthmaniyyah telah memindahkan banyak artifak yang tidak ternilai ke Istanbul, tersembunyi dalam pakaian wanita dan kanak-kanak. Semua artifak itu kini boleh dilihat di Istana Topkapi. Walau bagaimanapun, yang menarik, beberapa artifak masih kekal tetapi tidak didokumenkan.

1. PENUH dengan tanda-tanda rahsia

Ya, Masjid Nabawi diliputi dengan begitu banyak tanda dan rahsia yang halus sehingga menjadikan DaVinci Code kelihatan seperti teka-teki murahan untuk kanak-kanak prasekolah. Setiap tiang, setiap kubah, setiap tingkap membawa cerita dan menunjukkan lokasi peristiwa yang membawa kepentingan sejarah dan rohani. Orang-orang yang membina Masjid Nabawi menyedari bahawa adalah mustahil untuk meletakkan papan tanda di mana-mana kerana ia akan mengganggu tujuan utama solat. Oleh itu, mereka datang dengan cara yang bijak untuk menunjukkan lokasi yang penting melalui perubahan kecil dalam reka bentuk objek sekeliling.

Masjid Nabawi bukanlah masjid semata-mata. Ia merupakan pusat masyarakat dan pusat negara Islam yang pertama. Ia adalah tempat kejayaan dan tragedi terbesar dalam Islam. Ia adalah pusat komuniti, tempat perlindungan gelandangan, universiti dan masjid, semuanya digabungkan menjadi satu.

Seperti masyarakat Islam, ia telah berkembang selama bertahun-tahun dan menjadi lebih moden dengan setiap generasi yang berlalu. Tetapi di sebalik pertumbuhan eksponen dan perubahan daripada bahagian sebatang kurma Hijazi yang ringkas kepada struktur bersalut marmar dan emas yang kita ada hari ini namun masih mengekalkan teras dalaman yang sama. Mungkin ada pengajaran di sana untuk kita semua hayati.

References
1. Sahih Bukhari – Book 30, Hadith 112
2. The holy cities, the pilgrimage and the world of Islam. Sultan Ghalib Al Quaiti, Page 439
3. http://www.kultur.gov.tr/EN,32815/dolmabahce-palace.html
4. History of Al Madinah Al Munawarah. Safiur Rahman Mubarakpuri. Pg 68
5. http://www.arabnews.com/prophet%E2%80%99s-mosque-accommodate-two-million-worshippers-after-expansion
6.http://www.islamiclandmarks.com/saudi/madinah/masjid_e_nabwi/the_city_of_madinah.html
7. The Prophet Muhammad (SAW) and the urbanization of Madinah. Assoc Prof Dr Spahic Omer. Research paper. Pages 89-90
8. Sabiq Al-Sayyid. Fiqh al Sunnah (Kitab Al-‘Ibadat) volume 2. Page 148.
9. Sahih Bukhari. Chapter 23, Hadith 474
10. http://islamqa.info/en/34464
11. Sultan Ghalib Al Quaiti, Op Cit. Page 144
12. http://www.alarabiya.net/articles/2006/03/30/22439.html
13. http://ahmadjibril.com/articles/Isa.html
14. Sultan Ghalib Al Quaiti, Op Cit. Pages 124-125
15. Ibid Pages 125-127
16. Wafa Al-Wafa, Al Samhudi Pages 608-609
17. Ibid Pages 633 – 636
18. Fusul Min Tarikh Al-Madinah Al Munawarrah. Ali Hafiz. Pg 127
19. Diaries of Rifat Pasha, Vol 1, Page 464- 465
20. Sultan Ghalib Al Quaiti, Op Cit. Page 148
21. Ibid Page 144
22. Ibid Page 146
23. Ibid Page 125
24. Ibid Page 497
25. The Sacred Trusts: Topkapi Palace Museum. Hilmi Aydin
26. http://www.alarabiya.net/articles/2006/03/30/22439.html
27. https://muslimmatters.org/2013/05/24/9-things-you-didnt-know-about-the-prophets-mosque/

Ingin Menunaikan Umrah ?

KETAHUI LANJUT TENTANG PAKEJ KAMI
Open Chat
1
Ingin maklumat lanjut?
Assalamualaikum. Ada sebarang pertanyaan tentang pakej Persada Oasis? Hubungi kami untuk sebarang persoalan.