Your Cart

Gua Hira’ – Tempat Diturunkan Wahyu

Gua Hira – Juga Dikenali sebagai Jabal Al-Hira – Tempat diturunkan Wahyu Pertama

Juga dikenali sebagai Jabal Al-Hira, gua Hira adalah gunung yang terletak pada jarak hampir dua batu dari Kaabah, dekat Mekah di Arab Saudi. Berhampiran puncak gunung ini terdapat gua kecil iaitu gua Hira, yang lebarnya lebih sedikit daripada 1.5 meter dan panjangnya kurang daripada 4 meter. Menurut sejarah Islam, dipercayai bahawa di gua Hira, Nabi Muhammad SAW menemui ketenangan dan kesunyian yang diperlukan untuk merenung kehidupannya dan dunia. 

Terletak di luar Mekah, gua Hira terletak di puncak Jabal Nur  (yang juga dikenali sebagai “Gunung Cahaya” atau “Bukit Pencahayaan”) di ketinggian 634 meter.

Gua Hira berada pada jarak 4 kilometer dari Kaabah dan mengawasi arah Utara manakala pintu masuknya terus menghadap ke arah Rumah Allah SWT.

Ia adalah tempat di mana Nabi Muhammad SAW dikurniakan dengan wahyu pertama iaitu Al-Quran.


Kisah Gua Hira

Sejarah gua Hira bermula di zaman muda Nabi Muhammad SAW ketika baginda bekerja sebagai pedagang. Baginda mengembara ke Palestin dan Syria. Sifat gua Hira yang tenang dan damai memberinya peluang untuk berfikir dengan tenang jauh dari jalan-jalan Arab Saudi yang sibuk. Maka, tidak lama kemudian, Jabal Nur menjadi tempat berehat Nabi Muhammad SAW.

Baginda (SAW) sering mendaki Jabal Nur, mencari kesendirian. Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah selama tiga tahun. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar. 

Pada bulan 17 Ramadan 610 M (Isnin) pada suatu malam ketika berusia 40 tahun, Nabi Muhammad SAW sedang bertafakur di gua Hira, Malaikat Jibril AS mengunjunginya dalam bentuk manusia.

Jibrail AS meminta Nabi Muhammad SAW membaca, tetapi Nabi Muhammad SAW memberitahu “Aku tidak boleh membaca”. Lalu Jibrail AS memeluk baginda sehingga baginda tidak boleh bernafas dan meminta baginda membacanya lagi. Baginda memberikan jawapan yang sama. Selepas tiga kali meminta baginda membaca dan memeluknya, Jibrail AS mengajar Nabi Muhammad SAW membaca ayat 1-5 daripada surah Al-Alaq.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Baca! Dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
[Surah Al Alaq, 96:1-5]


Apakah Kepentingan Gua Hira dalam Islam?

Jabal Nur mempunyai kepentingan yang besar dalam agama Islam kerana ia sebagai saksi tempat di mana Nabi Muhammad SAW pernah menghabiskan hari-hari beruzlah dan telah menerima wahyu pertama iaitu Al-Quran melalui perantaraan Malaikat Jibril (AS). 

Firman Allah:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Bulan Ramadhan yang mana padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan tentang petunjuk itu serta pembeza (antara kebenaran dan kebathilan). [Al-Baqarah : 185]

 إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 
Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. [Al-Qadr : 1]

Namun begitu, biarpun gua Hira menjadi tempat yang penting dalam sejarah hidup Rasulullah SAW, ia tidak sepatutnya dianggap sebagai tempat suci seperti Masjid Al-Haram.

Walaupun tidak ada kewajipan untuk pergi ke gua Hira atau solat di dalamnya, oleh kerana pemandangan yang cantik dan indah dari puncak Jabal Nur ke Masjid Al-Haram manjadikan  ia antara tempat pelancongan yang paling disukai. Oleh itu, ramai jemaah haji dari seluruh dunia mendaki ke puncak gua Hira jika ada kesempatan.

bersedia untuk menunaikan impian menjadi tetamu Allah? Rebut peluang berharga ini!

Open Chat
1
Ingin maklumat lanjut?
Assalamualaikum. Ada sebarang pertanyaan tentang pakej Persada Oasis? Hubungi kami untuk sebarang persoalan.