Your Cart

Harga Pakej Umrah Mendadak Naik

Minggu ini kita dikejutkan dengan berita bahawa kos harga untuk menunaikan umrah pada tahun 2023 ini melonjak naik. Kenaikan harga ini bukan sedikit, tetapi terlalu tinggi dan mendadak. Kos harga ini melibatkan harga hotel di Mekah dan Madinah, tiket penerbangan dan juga caj visa. 

Kenaikan harga yang ketara ini terpaksa ditanggung jemaah kerana perlu menambah kos harga pakej pada saat-saat akhir sebelum dapat terbang menunaikan umrah. 

Memetik kepada laporan daripada Harian Metro, Naib Presiden Haji dan Umrah Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Mohd Azri Abd Razak berkata, kenaikan harga itu dipercayai berpunca daripada permintaan yang tinggi ke atas hotel-hotel terutama di Madinah. Pada saat ini, umat Islam dari seluruh dunia berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah umrah setelah pintu sempadan akhirnya dibuka semula sepenuhnya setelah sekian lama selepas wabak covid-19 melanda dunia. 

Paling mencabar buat agensi pelancongan ketika ini ialah persaingan merebut hotel disekitar Mekah terutama yang berdekatan dengan Masjidil Haram kerana biarpun tempahan telah dilakukan dan pembayaran penuh telah dilakukan, masih belum mampu untuk mendapatkan pengesahan bahawa hotel itu telah berjaya ditempah. Risikonya, tempahan bilik boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

Jadi pihak agensi pelancongan dan para jemaah perlu bersedia untuk ditukarkan hotel yang berjarak lebih jauh pada saat-saat akhir. kenaikan harga mendadak pihak hotel membuatkan agensi pelancongan tersepit dan tiada pilihan selain menaikkan harga pakej terhadap jemaah umrah. 

Sumber : Harian Metro, Januari 9, 2023

Open Chat
1
Ingin maklumat lanjut?
Assalamualaikum. Ada sebarang pertanyaan tentang pakej Persada Oasis? Hubungi kami untuk sebarang persoalan.