Your Cart

Pembinaan Masjid Nabawi

Masjid Nabawi adalah masjid kedua suci bagi umat Islam. Disinilah terletaknya makam insan yang paling mulia, Rasulullah SAW. Umat Islam pada hari ini berlumba beribadat dan menziarahi masjid ini demi memperolehi keberatannya. Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Madinah dengan reka bentuknya yang sangat cantik dan indah. Bersebelahan masjid inilah terletaknya rumah baginda Rasulullah SAW dan Saidatina Aisyah. Dihujung masjid ini pula terletaknya perkuburan Baqi’. Perkuburan para sahabat, ummul mukminin dan seluruh orang Islam di Madinah. Antara kelebihan beribadat di masjid ini adalah akan mendapat pahala seribu kali dari shalat di masjid lain. Seperti mana dalam hadis:

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram”.
[Riwayat Muslim (1394)]

Masjid ini dibina sendiri oleh Rasulullah SAW dan para sahabat di atas tanah yang dibeli oleh baginda. Tanah itu asalnya menjadi tempat mengering tamar milik dua orang anak yatim bernama Suhail dan Sahl. Tapak pembinaan masjid ini juga dipilih oleh Rasulullah SAW berdasarkan dimana tempat unta baginda berhenti. Disinilah kemudiannya dibangunkan mimbar tempat baginda berdiri untuk menyampaikan khutbah.

Binaan asasnya pula berukuran tiga hasta dalam yang dibina di atas tanah.Para sahabat dan baginda membina masjid ini secara bergotong-royong. Rasulullah membuat kiblat ke arah Baitulmaqdis di Palestin kerana pada ketika itu belum diperintahkan arah kiblat menghadap ke Kaabah di Mekah.Unsur-unsur seni bina Masjid Nabawi banyak menyerupai Masjid Quba.
(Zamri, Bicara Agama, 2009)

bersedia untuk menunaikan impian menjadi tetamu Allah? Rebut peluang berharga ini!

Open Chat
1
Ingin maklumat lanjut?
Assalamualaikum. Ada sebarang pertanyaan tentang pakej Persada Oasis? Hubungi kami untuk sebarang persoalan.