بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سُبْحٰنَ الَّذِيْٓ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِيْ بٰرَكْنَا حَوْلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنْ اٰيٰتِنَاۗ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ
Maha Suci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.
(Surah Al-Isra’: 1)
Peristiwa Israk adalah peristiwa perjalanan Rasulullah SAW pada malam hari 27 Rejab setahun sebelum Hijrah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin menaiki binatang bernama Buraq.
Manakala Mikraj pula adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Aqsa naik ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh untuk bertemu Allah SWT.
Perjalanan ini adalah sebagai hadiah pengubat duka Rasulullah SAW setelah baginda kehilangan 2 insan yang amat baginda cintai iaitu bapa saudara baginda, Abu Talib dan isteri kesayangan baginda iaitu Saidatina Khadijah Khuwailid.
Sepanjang perjalanan baginda ini, baginda telah ditemani oleh Malaikat Jibril dan Israfil. Saat tiba di tempat-tempat tertentu, Rasulullah SAW di arahkan oleh Malaikat Jibril untuk menunaikan solat sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempatnya adalah:
01. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan).
(sumber: https://www.mywilayah.com/2020/01/peristiwa-israk-dan-mikraj-pengajaran.html)
Sepanjang perjalanan ini, Rasulullah SAW telah diperlihatkan dengan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Dan yang paling penting, di dalam peristiwa Israk Mikraj inilah umat Muhammad SAW menerima perintah untuk menunaikan solat wajib 5 waktu. Pada asalnya, waktu yang diperintahkan ialah 50 waktu solat. Namun selepas 9 kali Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan dan dikurangkan, akhirnya waktu yang wajib ditunaikan hanya 5 waktu sehari semalam.
Ingin bersama kami untuk menghayati dan mengetahui lebih mendalam tentang peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Jom sama-sama sertai pakej kami menziarahi 3 masjid suci umat Islam.