Your Cart

Raudhah, Taman Syurga

Raudhah adalah tempat yang mulia dan istimewa. Sebab di sinilah sekitar 1400 tahun yang lalu, Rasulullah SAW beribadah, solat, menerima wahyu, berdakwah dan juga tempat solat para sahabat. Kawasan Raudhah juga dikatakan bersebelahan dengan rumah baginda Rasulullah SAW kerana disitu kini bersemadinya jasad insan teragung Muhammad SAW bersama-sama dengan dua sahabat karib baginda SAW iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.

Raudhah ialah satu ruang dalam Masjid Nabawi, terletak di antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW. Luasnya tidak terlalu besar.Hanya kawasan Raudhah sahaja di dalam masjid Nabawi yang dipasang dengan karpet berwarna hijau. Kawasan lain di dalam masjid Nabawi adalah berwarna merah. 

Mengapa kawasan Raudhah menjadi rebutan tempat untuk solat dan berdoa para jemaah haji dan umrah?

Kerana dipercayai kawasan Raudhah adalah kawasan tempat mustajabnya doa. Doa yang kita panjatkan insyaAllah pasti akan dikabulkan oleh Allah SWT. Raudhah juga disebut sebagai taman syurga. Karena letaknya di antara mimbar dan makam Rasulullah SAW. 

Rasulullah SAW  bersabda :

مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ

Tempat yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu di antara taman-taman syurga.

(HR Al-Bukhari no 1195 dan Muslim no 1390)

Jadi, teramatlah rugi jika sudah dijemput menunaikan umrah dan menziarahi masjid Nabawi namun tidak mengambil kesempatan untuk memasuki ke ruangan Raudhah untuk solat dan berdoa. Bagi jemaah lelaki, mereka berpeluang untuk memasuki ke Raudhah pada setiap waktu solat. Namun tidak bagi jemaah wanita.

Jemaah wanita mempunyai waktu-waktu tertentu yang dibenarkan untuk memasuki ke Raudhah dan menziarahi makam Rasulullah SAW. Semuanya tertakluk kepada SOP semasa yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi.

Ingin Menunaikan Umrah ?

KETAHUI LANJUT TENTANG PAKEJ KAMI
Open Chat
1
Ingin maklumat lanjut?
Assalamualaikum. Ada sebarang pertanyaan tentang pakej Persada Oasis? Hubungi kami untuk sebarang persoalan.