Your Cart

Persediaan Sebelum Memakai Ihram

Banyak yang perlu disediakan bagi jemaah umrah sebelum berangkat menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Persiapan awal secara fizikal, mental dan rohani terutamanya harus diberi perhatian supaya pemergian di ke dua tanah suci haram benar-benar dapat menyucikan jiwa dan mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.

Pada masa kini, jemaah umrah yang datang dari Malaysia untuk masuk ke Makkah adalah melalui dua jalan:-

1. Malaysia-Madinah-Makkah

Bagi mana-mana jemaah yang masuk ke Makkah melalui Madinah terlebih dahulu, iaitu semasa menaiki kapal terbang di KLIA menuju ke Arab Saudi kebiasaannya jemaah berada dalam keadaan memakai pakaian T-Shirt biasa bagi lelaki atau blouse muslimah.

Pada zahirnya mereka akan menziarahi bumi Madinah terlebih dahulu. Pada hari keberangkatan mereka ke Makkah dari Madinah nanti, barulah mereka akan pergi bersiap-siap untuk melakukan perkara-perkara sunat ihram di tempat kediaman mereka seperti hootel dan sebagainya.

2. Malaysia-Makkah-Madinah

Manakala jemaah yang masuk ke Makkah dari Malaysia, mereka sudah lengkap memakai pakaian ihram semasa menaiki kapal terbang di KLIA menuju ke Arab Saudi.

Perkara-Perkara Sunat sebelum Memakai Ihram

Sebelum jemaah memakai pakaian ihram, jemaah dah boleh mula bersiap-siap untuk melakukan perkara-perkara sunat. Dengan erti kata lain, perkara-perkara sunat ini adalah bermaksud adab-adab yang sangat digalakkan bagi melengkapi kerja-kerja ibadah umrah. Perkara-perkara ini juga sunat dilakukan oleh wanita yang berada dalam keadaan haid.

Selain itu, sunat juga dilakukan di miqat. Bagi jemaah umrah yang ingin masuk ke Makkah melalui Madinah, sunat melakukan perkara-perkara ini di miqat Bir Ali. Tetapi atas faktor pengurusan dan kesuntukan masa, boleh dikatakan hampir keseluruhan daripada rombongan jemaah umrah yang datang dari Malaysia akan melakukan sunat-sunat ihram ini di hotel masing-masing iaitu di Kota Madinah.

Manakala, bagi jemaah yang terus masuk ke Makkah melalui KLIA, perkara-perkara sunat ini boleh dilakukan di mana-mana tempat sebelum pergi menaiki kapal terbang.

Justeru, antara perkara sunat tersebut adalah seperti berikut:

a. Memotong Kuku.

b. Menanggalkan Bulu Ketiak dan Ari-ari.

c. Mencukur/ Mengandam Misai, Janggut dan Rambut

d. Mandi Sunat Ihram

e. Memakai Minyak Rambut

f. Memakai Bau-Bauan

Alhamdulillah , selesai melakukan perkara-perkara sunat ini, barulah jemaah bersiap-sedia memakai pakaian ihram. Pakaian ihram mestilah wajib menepati syarat-syaratnya. Syarat pemakaian ihram bagi lelaki dan wanita, anda boleh lihat pada artikel sebelumnya.

Selepas jemaah selesai memakai pakaian ihram tersebut dengan sempurnaa, jemaah disunatkan untuk melakukan solat Sunat Ihram. Lafaz niatnya adalah:-

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open Chat
1
Ingin maklumat lanjut?
Assalamualaikum. Ada sebarang pertanyaan tentang pakej Persada Oasis? Hubungi kami untuk sebarang persoalan.